Maaf sangat sekiranya ada
insan yang bernama lelaki yang sedang membaca. Boleh skip entry ni atau
pun tarik nafas panjang-panjang dan baca. Diri ni banyak melalui kehidupan.
Sudah banyak aku lihat
lelaki yang punya bermacam perangai, ragam dan alasan. Dulu aku memang rapat
dengan kawan-kawanku yang lelaki, nasihat mereka sangat menyentuh dan berkesan
kerana lelaki memang bijak dalam berkata-kata. Namun jangan, tolongggg jangan.
Lelaki sealim mana pun yang kamu lihat di dalam hatinya tetap lelaki. Bukannya
ingin memandang buruk pada kaum Adam ini tetapi, lebih baik sekiranya kita
berwaspada dengan mereka dan jangan terlalu percaya pada mereka. Walaupun tekad
dalam hati ni supaya kuat dan jangan terpedaya dengan mereka, percayalah, suatu
hari nanti bila kita telah melintas satu garisan dala perhubungan lelaki yang
membuatkan dia dan kau rasa mesra, kau akan tersungkur. Sebab fitrah wanita ini
lemah, mudah percaya pada lelaki, apabila sudah disayangi, pasti ingin
disayangi lagi. Jangan terpedaya dengan mereka.
Helah mereka banyak.
Sesoleh mereka pun kita tetap manusia. Syaitan sentiasa berusaha menggoda anak
Adam. Dan bila kita buka peluang biar sikit pun untuk syaitan tu, dia takkan
lepaskan. Syaitan ni bukan macam kita. Pemalas. Dia takkan berhenti untuk cari geng
untuk masuk neraka sama-sama. Bila peluang macam tu ada depan mata, dia tidak
akan lepaskan. Lagi-lagi peluang tu antara lelaki dan perempuan. Sambil
menyelam minum air. Nafsu lelaki pada perempuan dan fitrah wanita yang ingin
disayangi. Senang sahaja nak dipergunakan.
Pada yang masih suci
daripada couple dan sebagainya. Peliharalah. Suatu hari nanti kamu akan
rasa satu kesyukuran yang amat sangat. Tetapi pada yang sebaliknya, jadikan
pengalaman itu satu benteng dan satu pengajaran untuk kita. Jadikan itu sebab
untuk kita menangis meraung dan merintih memohon keampuan daripada Allah. Jangan
jadikan pengalaman itu sesuatu yang menghalang kamu daripada untuk terus
berubah dek kerana rasa bahawa kamu tidak layak dalam diri kamu. Kerana aku
pernah kenal seorang wanita yang sejarahnya silam sesilam-silamnya, mampu
berubah sekelip mata sealim-alimnya. Memang cinta itu indah, tetapi tidak
seindah cinta Allah. It is the most beautiful thing in this world. Belajar
mengenali sedikit erti cinta kepadaNya. Bukakan sedikit ruang hati kamu untuk
mencintaiNya.
Maaf kerana sampai di situ
sahaja aku mampu berpesan. Sebabnya, aku terasa sendiri dengan setiap nasihat
sendiri. Termakan diri sendiri dan rasa malu dengan diri sendiri.

0 Comentarios