Kali ini tulisan ini bukan ditujukan untuk sesiapa, tapi disandarkan kepada diri sendiri, aku, kerana inilah hakikat sebenar benar hakikatnya. Ya, AKU. Bagi aku apa yang aku tulis bukanlah asasnya untuk berdakwah sedakwah dakwahnya. Tetapi hanya ingin berkongsi apa yang aku pernah rasa, apa yang aku pernah lalui dan tempuhi. Kerana diri yang penuh dosa ini tidak layak sebenarnya untuk berdakwah.
Dalam pada aku mengajak
orang lain untuk terus bersyukur, jangan sangka aku juga sentiasa 100% sentiasa
bersyukur. Aku manusia lemah yang penuh dosa, bukan ingin merendah diri tapi
ini betul-betul. Malu sebenarnya ingin mengajak orang lain sedangkan kita pun
belum tentu boleh buat. Tapi tetap diteruskan juga, jahilkah aku? L ya mungkin aku jahil
sebab aku seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Namun aku juga masih
tetap akan berusaha. Bila aku katakana aku tidak sentiasa bersyukur bukan
bermaksud aku tidak pernah bersyukur. Manusia bukannya sempurna. Pasti akan ada
cacat celanya di satu sudut.
Namun kita sebagai
manusia, sama-sama hamba Allah, semua dicipta Tuhan Yang Maha Esa, layakkah
kita memandang rendah pada hamba yang lain sedangkan ilmu kita MasyaAllah
terlalu sedikit, dan Allah Yang Maha Mengetahui sedangkan kita tidak
mengetahui. Layakkah kita? Jangan kecam orang. Meskipun dia hina, jangan
pandang diri kita lebih mulia, jangan pandang dia ahli neraka, jangan cakap
dengan amalan kita InsyaAllah kita masuk syurga. Kenapa? Tidak cukupkah amalan
kita untuk masuk ke dalam syurga Allah? Tidak cukupkah kita berdakwah selama
ni? Tidak cukupkah ini? Itu?
Tanya balik. adakah kita
beramal semata-mata ingin syurga? Jadi sekiranya tiada syurga adakah kita tidak
akan beramal? Kita ni hamba Allah, Allah Yang Maha Sempurna, Maha Agung, Maha
Bijaksana. Apa sangat dibandingkan dengan diri kita ini? Bukanlah syurga yang
sepatutnya kita harapkan, bukan pahala yang kita kira, buku dosa yang kita
elak. Sebaliknya, Redha Allah kunci segala-galanya. Kita kejar redha Allah.
Sekiranya Allah redha, maka Allah akan membalas kita dengan memasukkan kita ke
dalam syurgaNya. Menikmati kenikmatan syurgaNya. Ingat, sebanyak mana amalan
kita, pahala kita, tanpa redha daripada Allah, kita belum tentu masuk syurga.
Maka jangan kecam orang, jangan pandang rendah pada orang dan jangan pandang mulia pada diri. Kita
hamba, tidak layak buat begitu. Namun maksud jangan hina bukanlah kita
membiarkan sahaja mereka terus melakukan dosa. Kita pandang hina pada pendosa.
Tapi cuba, jika kita bantu dia, dan kita berjaya bawa dia semula
ke jalan Allah, entah-entah kedudukan dia di sisi Allah lagi tinggi daripada kita. Dia sudah tentu akan merasai satu kenikmatan
yang kita mungkin tidak berpeluang untuk rasa, iaitu nikmat hijrah. Taubatnya
akan lebih bermakna, titisan air matanya akan menjadi lebih bermakna dan tiap
ibadahnya akan lebih bermakna. Kerana dia punya satu rasa nikmat syukur untuk jumpa semula jalan menuju Allah.

0 Comentarios