004 - Lepak



Satu fenomena yang juga sentiasa mengikut peredaran zaman. Kalau dulu-dulu yang biasa melepak ni, pakcik-pakcik atau abang-abang yang duduk di kedai kopi berjam-jam sambil bercerita itu-ini, yang perempuan pula melepak dengan cara bermain-main, masak bersama, beli barang bersama atau ziarah menziarah rumah kawan-kawan.

Tak lama selepas itu, budak-budak sekolah mula ponteng sekolah dan melepak ke pusat beli belah atau ke cyber café dan habiskan beribu-ribu jam berbual dengan kawan, merokok mungkin, dan main dota atau sdo dan sebagainya.

Kebanyakannya lelaki. Dan perempuan biasanya ‘melepak’ mereka adalah dengan aktiviti window shopping. Pada yang tidak kenal pada istilah ini, ia lebih tepat digambarkan dengan suatu aktiviti berjalan pada setiap tingkat pusat beli belah dan memasuki setiap kedai tanpa membeli apa-apa dan merasa puas. Haha. Ini adalah salah satu daripada kekuatan wanita yang lelaki tidak akan mampu tandingi.

Namun sekarang, kita tidak perlu pergi jauh untuk melepak kerana kita boleh melepak di mana-mana sahaja. Iaitu di smartphone. Dalam bilik kita boleh melepak dalam group chat whatsapp, instagram, tumblr, wechat dan sebagainya. Bahkan di meja makan, smartphone lebih menghilangkan haus dibandingkan dengan air. Dakwah online melebihi amal. Bukan ingin mencela orang yang berdakwah atas talian ini, cuma sekadar peringatan yang juga merupakan peringatan buat diri sendiri bahawa kita berdakwah bukan untuk raih followers atau likers. Dia memerah otak setiap hari semata-mata untuk mendapat komen deep dan sentap. Supaya followersnya tidak berkurang.

Namun pada yang berniat ikhlas, serantai pujian buat mu kerana berjaya mempertahankan hati dan niat ikhlas mu itu. Itu bukan perkara mudah. Semoga rahmat dan kurnia Allah dilimpahkan kepada mu.

Balik semula pada lepak. Maaf. Kalau dulu kita lapar, nak cari kedai makan akan pergi ja mana kedai yang rasa sedap. Tapi sekarang. Yang diburu adalah kedai-kedai hipster supaya nanti kalau ambil gambar, ( diri ni pun sama jugak. Entah kenapa kaki lebih suka masuk kedai yang nampak cute dan unik. Padahal sudah terpengaruh dengan zaman sendiri ) Nampak cantik dalam insta. Bukan doa makan yang dibaca sebelum makan namun smartphone yang diambil untuk menggambar dahulu.

Kita periksa balik hati periksa balik semua. Kira berapa banyak masa kita guna untuk apa. Lepas tu pandang diri dan buat apa yang patut okay?

0 Comentarios