002 - Berat

          
            Ada cakap mak bapak tak peduli mereka, maka BERAT dan sakit apa yang mereka rasa tu. Ada pula cakap mak bapak terlalu sayang mereka, nak ke sini tak boleh sebab nanti dorang risau, nak ke sana pun tak boleh sebab nanti takut jadi apa-apa, maka BERAT jugak mereka rasa sebab rasa ‘terkongkong’. Ada cakap dorang tak boleh buat apa-apa sebab sudah nasib lahir dalam keadaan, suasana, dan keluarga yang tak tekan pasal agama, maka BERAT mereka rasa untuk berubah dan BERAT rasa nak mula langkah. Ada cakap lahir dalam keluarga beragama pun susah, salah sikit terus ada suara nyamuk yang cakap mak bapak ustaz tapi anak? Maka BERAT mereka rasa pikul tanggungjawab tu. Ada yang study subjek sekolah menengah dorang rasa BERAT subjek yang dorang belajar tu. Ada yang cakap, hidup tanpa pasangan ni BERAT sebab tidak mampu berdiri sendiri. Ada pula yang cakap hidup berpasangan ni BERAT sebab sentiasa diperhati.

            Berat kah? Apa yang berat sebenarnya? . Kalau nak terus tulis memang banyak yang BERAT. Kenapakah? Sebab ini semua keluhan. Dengan keluhan semuanya akan rasa berat. Cuba try, lepas ni, sebelum nak mengeluh atau mula rasa berat, selitkan secubit rasa syukur. Sebab kalau kita rasa kita berat, ada yang lagi berat. Bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi. Jangan dengki pada nikmat atau rezeki orang lain. Hm, yakin ja bahawa apa yang berat sekarang akan ringan nanti. Sebab yang berat tu semua ujian untuk sabar dan syukur. Kalau yang berat tu yang menyebabkan kita ingat pada Tuhan, yang berat tu yang menyebabkan kita sedar diri, apa salahnya sujud sekejap?

            Tapi kadang-kadang ada satu berat yang tak akan ringan. #beratbadan




0 Comentarios