001 - Hijrah.




Hijrah, dalam subjek Sejarah kita belajar bahawa ‘hijrah’ bermaksud perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Tetapi hijrah juga adalah dimana kita berubah dari segi sifat, perwatakan, rupa, pemikiran, kematangan dan impian.

            Waktu sekolah dulu, langsung tak pernah terfikir aku akan jadi macam ni. Aku rasa dulu aku kotor dan tak layak. Tapi pakaian ni bukan untuk layak atau tak layak. Tapi pakai macam ni sebenarnya untuk ikut apa Allah suruh, untuk jaga diri aku sendiri. Bila dah selesa pakai macam ni, baru aku mula throwback. Kenapa aku tak pakai macam ni dari dulu lagi? Takda orang yang tegur ka? Aku takda belajar agama ka dulu? Kenapa dulu aku tak baca Quran? Kenapa aku tak pandang serius bab agama ni? Semakin banyak soalan yang masuk dalam otak yang akhirnya menyebabkan aku menyalahkan takdir. Aku cuba buang semua tu sebab yang dulu tak penting. Yang penting siapa aku sekarang. *senyumsendiri

            Ni pesanan buat yang belajar agama dan memang dah lahir-lahir dengan keluarga yang memang jaga agama. Jangan sia-siakan peluang tu. Ramai dan terlalu ramai orang yang tak punya peluang seperti kamu. Kamu tidak perlu belajar kerana kamu memang sudah diajar. Kamu tidak perlu belajar pakai kerana kamu memang dah pakai. Tapi nak pesan jugak, jaga adab, jaga perwatakan sebab kita bawa imej Islam. Memang semua manusia akan ada masanya di mana dia akan melakukan kesilapan. Pedulikan itu semua yang penting kita hanya jaga diri kita untuk mendapatkan perhatian dan pandangan daripada Allah dan bukan perhatian daripada manusia. Jangan pandang remeh kepada orang lain. Kerana kita tidak mampu menilai kedudukan seseorang itu di sisi Allah. Jangan rasa kita hebat. Kerana kadangkala taubat seseorang itu boleh jadi lebih bernilai berbanding ibadah kita.


            Buat yang sedang mencari agama dan taubat Allah pula, jangan putus asa. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Sehina mana pun kita, walau macamana sekalipun orang lain kutuk kita, hina kita, caci kita. Allah tetap akan terima kita. Di saat semua orang menjauhkan diri, Allah sentiasa menanti. Kita tahu apa yang kita buat tu salah tapi kita sengaja buat tidak tahu kerana semua orang sekeliling kita pun buat tak tahu. Tapi ingat, kita bukan kongsi azab atau seksa kita dengan orang lain. Tapi nanti kita yang akan tanggung sakitnya sendiri. Cari dan terus carilah bahagia yang hakiki. 

Memang bahagia bercinta. Memang bahagia bergembira. Memang bahagia tepuk sana sini, gelak tak ingat dunia, lepak hingga tak kenal waktu, buli sana buli sini, umpat, gosip, kutuk mengutuk. Semua bahagia. Tapi itu semua bahagia dunia. Dan bahagia yang syaitan bagi supaya kita tak ingat Allah, tapi bila kita dapat rasa sedikit kebahagiaan bila mula dekat dengan Allah. Mula kembali rasa sayang pada Allah, sedikit kebahagiaan itu tak akan mampu menandingi banyaknya bahagia dunia yang kita rasa selama ini. Tak percaya cuba. Sekali dua kali mungkin rasa berat. Tapi buat lagi sampai mula rasa seronok. Hayati rasa itu. Cuba bezakan dengan rasa yang kita rasa selama ni. Lepas tu jawab sendiri. 

0 Comentarios